Assalamualaikum....
Subhanallah, Maha Suci Allah....Banyak perkara telah berlaku dan berlalu.Dalam setahun ini banyak perkara telah berubah. Dulu aku pensyarah kini menjadi pelajar kembali. Dulu tinggal di Perak kini berpindah randah ke Bangi..Kesibukan menguruskan pelajaran dan perpindahan menyebabkan aku meninggalkan laman ini sebegitu lama.
Awal Januari 2011 aku telah mengambil keputusan berpindah bersama anak-anak ke Bangi kerana aku akan memulakan pengajian secepatnya. Lantaran keputusan itu memaksa aku berjauhan dengan Hamidi untuk kedua kalinya selepas sepuluh tahun yang lalu sewaktu meninggalkan dia sendirian tatkala pengajian mastersku di England. Bezanya kali ini aku membawa bersama 3 pejuang kecil sebagai pembakar semangat menempuh ujian dan pengajian getir ini. Semoga Allah merahmati kami..Amin..